KURSUS PENGURUSAN IBADAH BAGI PESAKIT (SOLAT & BERSUCI) SIRI 1/2023

SELASA | 21 FEBRUARI 2023

Di antara pendekatan yang digunakan bagi menyantuni pesakit dalam pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah adalah bimbingan tunjuk ajar dan bantuan ibadah. Bagi merealisasikan hasrat ini, Unit Hal Ehwal dengan kerjasama Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah telah mengadakan Kursus Pengukuhan Ibadah bagi pesakit (solat&bersuci) siri 1/2023 peringkat HEBHK. 

Kursus yang telah dihadiri oleh 85 orang pegawai dari pelbagai jawatan diadakan dalam 3 kaedah iaitu ceramah, parktikal & ujian bertulis. Objektif utama kursus ini adalah untuk memantapkan kemahiran dalam kaedah bersuci, bertayamum dan solat mengikut situasi pesakit juga memberi penekanan terhadap tanggungjawab yang harus dilaksanakan dalam membantu pesakit melaksanakan ibadah wajib semasa sakit. 

Semoga usaha melaksanakan Kursus Pengurusan Ibadah Bagi Pesakit ( Solat dan Bersuci ) ini akan lebih memberikan impak yang lebih positif ke arah pengamalan Hospital Mesra Ibadah yang konsisten.