Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom ke arah Pensijilan Hospital Mesra Ibadah. Bagi memantapkan lagi perlaksanaan konsep Hospital Mesra Ibadah, kemudahan seperti ruang ibadah dan peralatan yang mencukupi disediakan bagi kegunaan pelanggan dan kakitangan untuk menjalankan ibadah semasa di hospital. 

Oleh yang demikian, semakan arah kiblat di wad dan surau awam setiap aras telah dibuat oleh Unit Kiblat, Bahagian Falak dari Jabatan Mufti Johor yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Faiz Zamir bin Yahya. Semoga penambahbaikan ini dapat memberi keselesaan kepada pelanggan dan kakitangan hospital dalam melaksanakan ibadah mereka.