Program Hospital Mesra  lbadah  (HMI) merupakan satu program penerapan dan penghayatan nilai-nilai  Islam di hospital yang merangkumi pengurusan ibadah pesakit, penghayatan nilai-nilai Islam dalam melaksanakan  tugas harian dan khidmat nasihat kerohanian. 

Program Hospital Mesra lbadah (HMI) adalah satu platform kerjasama strategik antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke arah mencapai piawaian  indeks syariah dalam bidang kesihatan.

Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) diwujudkan pada 2014 di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan mempertingkatkan kefahaman dan penglibatan warga kerja hospital dalam membimbing pesakit dan waris melaksanakan ibadah semasa menerima rawatan di hospital.

Fasiliti bagi kemudahan beribadah dipertingkatkan seperti bilik solat di setiap aras, sudut HMI dengan peralatan ibadah, ruang solat serta arah kiblat di dalam wad bagi kemudahan pesakit, waris dan kakitangan hospital.

Bagi memantapkan lagi perlaksanaan konsep HMI di hospital, beberapa program/aktiviti telah dirancang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pegawai/anggota/kakitangan tentang kepentingan konsep HMI ini dilaksanakan bagi membantu pesakit-pesakit di wad. Untuk  tujuan  ini,  pengisian   kerohanian  seperti ceramah  dan tazkirah,  khidmat  nasihat agama  serta latihan  berkenaan aktiviti-aktiviti HMI bagi kakitangan kesihatan akan sentiasa dianjurkan di peringkat hospital.