Satu Majlis Simbolik Penyerahan Kit Mesra Ibadah telah diadakan di Wad Kenanga 8B dan turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Dr. Mohamad Nizam bin Hj.Subahir, Pengarah Hospital HEBHK, YBrs. Dr. Marhaini binti Saleh, Timbalan Pengarah (Perubatan) dan YBrs. Dr.Mohd Zulkefli bin Shafiin, Pengerusi Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah HEBHK.

Agenda majlis merangkumi Penyampaian Kit Mesra Ibadah kepada wakil-wakil dari setiap wad dan disusuli  dengan  Program Ziarah Ukhwah termasuk sesi bedside teaching (praktikal) bersama para pesakit. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada kakitangan hospital khususnya perawat beragama Islam untuk memberi sokongan dan memastikan para pesakit menerima bimbingan yang tepat dalam melaksanakan ibadah.

Tarikh :  2 Februari 2023
Masa :  2:30 - 3:30
Hari :  Khamis
Lokasi :  Wad 8B