13 APRIL 2023 | KHAMIS

Majlis Khatam Al-Quran & Tazkirah Ambang Aidilfitri telah diadakan dengan jayanya di Auditorium Raflesia,Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).  Turut hadir ialah YBrs. Dr. Mohamad Nizam bin Hj. Subahir, Pengarah Hospital HEBHK, YBrs. Dr. Sabariah binti Mohamad Sa'ad, Timbalan Pengarah Hospital HEBHK, YBrs. Dr. Marhaini binti Saleh, Timbalan Pengarah (Perubatan) HEBHK, YBrs. Pn. Yusnizah binti Mohamad Salleh, Timbalan Pengarah (Pengurusan)HEBHK dan YBrs. Dr.Ishak bin Ali, Ketua Penolong Pengarah HEBHK. 

Majlis tersebut telah dimulai dengan bacaan Surah-surah Lazim dan disusuli dengan bacaan tahlil ringkas dan alunan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W.  Selain itu, sesi tazkirah bertajuk "Raikan Lebaran, Serikan Keakraban" turut disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Amirul Ashraf bin Sulaiman. 

Semoga sesi tazkirah ini dapat memberi ilmu dan pedoman kepada semua warga HEBHK.