BENGKEL  PEMANTAPAN SOLAT PERINGKAT HOSPITAL ENCHE' BESAR HAJJAH   KHALSOM TAHUN 2023


Tarikh : 20 Jun 2023 (Selasa)
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang 
Tempat : Auditorium Raflesia , HEBHK 

Penceramah Jemputan : 

AL FADHIL USTAZ ZAIROL BIN AL ADIB
MANTAN IMAM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

Objektif Kursus : 

  1. Menyedarkan para peserta tentang kepentingan Solat dan Ibadah serta memupuk disiplin yang mantap.
  2. Menanamkan sikap cinta pada ilmu serta menyayangi sesama insan.
  3. Memantapkan rohani dan jasmani para peserta melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan ibadah.
  4. Menyemai keimanan, keyakinan diri dan berfikiran positif apabila menghadapi kekangan dan dugaan dalam kehidupan.
  5. Melatih para peserta agar bertanggungjawab, bersabar, dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah