PROGRAM PENGHAYATAN ISRA' DAN MIKRAJ
5 FEBRUARI 2024 | ISNIN

Program Penghayatan Isra' dan Mikraj Peringkat Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) yang melibatkan seramai 80 orang peserta dari pelbagai jawatan telah berjaya diadakan di Auditorium Raflesia HEBHK. 


Turut hadir ialah YBrs. Dr. Mohamad Nizam bin Hj.Subahir, Pengarah Hospital HEBHK, YBrs. Dr. Mohd Zulkifli bin Shafiin, Pengerusi JK Hospital Mesra Ibadah HEBHK dan YBrs. Ustaz Zuhairy bin Zolkiple, Perunding Motivasi di At Tikrar Academy & Consultant selaku penceramah jemputan.
Penceramah telah berjaya berkongsi pelbagai ilmu dan panduan yang berguna dalam program yang berlangsung selama 2 jam ini. Semoga para peserta juga dapat mengambil pedoman dan menjadikan peristiwa Isra' dan Mikraj sebagai salah satu medium untuk mengukuhkan akhlak dan membaiki ibadah solat masing- masing.


Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini!