LAWATAN ILMIAH HOSPITAL MESRA IBADAH ANJURAN JAWATANKUASA HOSPITAL MESRA IBADAH , HOSPITAL ENCHE' BESAR HAJJAH KHALSOM 

TARIKH : 18 DISEMBER 2024 (RABU)
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG 
PENYERTAAN : 40 ORANG PESERTA TERDIRI DARIPADA PETUGAS HEBHK DALAM PELBAGAI JAWATAN

LOKASI LAWATAN : 
  • Galeri Aura Islam Iskandar Puteri : Galeri Aura Islam satu-satunya di benua asia yang menyimpan, memulihara dan mempamerkan lebih dari 200 artifak ASLI. 
  • Istana Besar Johor : Istana Besar pada awalnya bukan sahaja berperanan sebagai kediaman DiRaja, tetapi juga merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri. Beberapa istana lain juga dibina dalam kawasan Istana Besar sebagai kediaman kerabat, dan juga untuk kegunaan rasmi.
  • Masjid Kota Iskandar : Masjid Kota Iskandar merupakan masjid negeri yang kedua di Johor selepas Masjid Negeri Sultan Abu Bakar di Johor Bahru. Ia terletak di Kota Iskandar, sebuah Pusat Pentadbiran Negeri Johor .Masjid Ini dibina oleh EUM Builders Berhad dan Cahaya Jauhar Sdn. Bhd yang juga merupakan pemaju Kota Iskandar. Masjid ini siap dibina pada tahun 2014 dan secara rasminya masjid ini dibuka kepada umum pada 16 June 2015, nama masjid ini diambil sempena nama Sultan Johor yang ke-4, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

OBJEKTIF LAWATAN 

a) Meningkatkan pengetahuan tentang seni Islam dan peranannya dalam masyarakat moden.

b) Menggali ilmu mengenai dasar dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor dalam menjaga keharmonian agama di peringkat negeri.

c) Memperkasa penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan kakitangan hospital, khususnya dalam aspek ibadah dan budaya.

d) Meningkatkan hubungan kerjasama antara hospital dan Jabatan Agama Islam Johor dalam usaha memartabatkan perkhidmatan yang mesra ibadah di kalangan masyarakat.

e) Membangunkan budaya ilmu dalam kalangan kakitangan hospital melalui penerapan pengetahuan yang diperoleh daripada lawatan ini. 


Lawatan ilmiah ini bertujuan untuk membuka minda peserta terhadap pentingnya penghayatan seni dan budaya Islam serta peranan besar yang dimainkan oleh agensi-agensi seperti Jabatan Agama Islam Johor dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Diharapkan peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada lawatan ini dalam meningkatkan suasana mesra ibadah di hospital, serta memperkasa penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
















Penyampaian cenderamat kepada wakil Pihak Istana Besar Johor