MAJLIS TILAWAH AL-QURAN, JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR PERINGKAT DAERAH KLUANG TAHUN 1446H/2025M
SELASA | 13 MEI 2025
Seramai 14 orang peserta dari Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dan Pejabat Pergigian Daerah Kluang telah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran, Jabatan Kesihatan Negeri Johor Peringkat Daerah Kluang Tahun 1446H/2025M yang diadakan di Auditorium Raflesia HEBHK.
Turut hadir ialah YBrs.Dr. Saiful Adli bin Jasmani wakil Pengarah Hospital HEBHK dan YBrs. Encik Mohd Faisal bin Hassim wakil Pegawai Kesihatan Daerah Kluang. Di samping itu, 2 orang juri juga telah diundang iaitu Al- Fadill Ustaz Ismail bin Hassan Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang dan Al - Fadhil Ustaz Jefree bin Abdul Samad dari Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kluang.
SENARAI PEMENANG KATEGORI QARI
Johan : Dr. Adlee Arif bin Suhaimi
Naib Johan : Wan Ahmad Zulhilmi Ahza bin Wan Mohd Zulkifli
Tempat Ketiga : Idzuani Elmi bin Kamilan
SENARAI PEMENANG KATEGORI QARIAH
Johan : Dr. Nor Sajaya binti Sa'at
Naib Johan : Azzeiah binti Zaki
Tempat Ketiga : Ayathull Dhamira binti Mohd Jar
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kepada semua peserta yang menyertai program ini. Pemenang tempat pertama dan kedua bagi kedua- dua kategori akan bertanding ke peringkat negeri yang akan diadakan di daerah Tangkak.



.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)



