PROGRAM IHYA' RAMADAN, HOSPITAL ENCHE' BESAR HAJJAH KHALSOM

Sepanjang Bulan Ramadan , Unit Hal Ehwal Islam & Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah mengadakan pelbagai Program Ihya' Ramadan bagi mengimarahkan kehadiran bulan Ramadan .


Unit Hal Ehwal Islam dengan Kerjasama Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah merancang begitu banyak aktiviti yang bermanfaat untuk kita semua. Saya menyeru agar semua jabatan/unit  yang diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti tersebut dapat melakukan yang terbaik serta berkreativiti. Curahkanlah segala tenaga, masa dan wang ringgit. Apa yang pasti segalanya akan dibalas dengan ganjaran yang hebat yang merupakan saham di akhirat kelak.


Oleh itu, marilah sama - sama kita meletakan ramadhan ini sebagai medan yang terbaik untuk memperhambakan diri dengan sebaik - sebaiknya. Jadikan ramadhan pada kali ini ramadhan yang sangat berkualiti dari yang sebelumnya agar kita mencapai tahap “Mardhatillah”.