PROGRAM ROAD TO RAMADAN - PENYUCIAN JIWA MELALUI IBADAH PUASA MAJLIS & PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADAN 

6 MAC 2024 | RABU

YBrs. Dr. Mohamad Nizam bin Hj.Subahir, Pengarah Hospital, Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) telah berbesar hati menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadan yang diadakan di Auditorium Raflesia, HEBHK.Turut hadir ialah YBrs. Dr. Ishak bin Ali, Ketua Penolong Pengarah HEBHK dan YBrs. Dr. Mohd Zulkifli bin Shafiin, Pengerusi Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah HEBHK.

Agenda majlis telah dimulai dengan slot pertama pengisian Program Road to Ramadan bertajuk " Ku Ketuk Pintu Ramadan" yang disampaikan oleh Al- Fadhil Ustaz Muhammad Afiq bin Mohd Safri dari Pejabat Kadi Daerah Kluang. 

Slot kedua pengisian program telah disusuli dengan ceramah bertajuk Zakat & Zakat Fitrah yang disampaikan Al Fadhil Ustaz Nor Hisham bin Hj.Md Sawal dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (Kluang).

Selain itu, Kaunter Pertanyaan Zakat dan Wakaf juga dibuka diruang legar auditorium.

Sebagai penutup majlis, acara penyampaian cenderamata telah diadakan dan Pengarah Hospital telah menyampaikan cenderamata kepada para penceramah.

Semoga program ini dapat memberi kesedaran kepada seluruh warga hospital dan dalam masa yang sama semua berazam untuk memperbanyakkan amalan sempena kedatangan bulan Ramadan ini.