PROGRAM PENGHAYATAN NILAI ISLAM - IHYA' RAMADAN : KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR PERINGKAT HOSPITAL KLUSTER JOHOR BARAT

28 MAC 2024 | KHAMIS

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat mulia dan ia seharusnya menjadi titik permulaan untuk pembinaan diri, keluarga dan masyarakat agar lebih dekat dengan Allah S.W.T. Justeru itu, Program Penghayatan Nilai Islam - Ihya' Ramadan : Khatam Al-Quran dan Iftar Peringkat Hospital Kluster Johor Barat telah diadakan di Auditorium Raflesia dengan tujuan mengeratkan ukhwah dan silaturahim di kalangan pegawai Hospital Kluster Johor Barat dan dalam masa yang sama mengimarahkan bulan Ramadan dengan program yang bermanfaat.

Turut hadir ialah YBrs.Dr.Mohtar bin Pungut@Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor (PKNJ), YBrs. Dr. Khairul Rizal bin Othman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), YBrs.Dr. Khursiah binti Daud, Pengarah Hospital, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) merangkap Ketua Kluster Hospital Johor Barat dan YBrs. Dr. Mohamad Nizam bin Hj. Subahir, Pengarah Hospital, Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) merangkap Timbalan Ketua Kluster Hospital Johor Barat.

Program yang disertai oleh seramai 100 orang pegawai pelbagai jawatan dan skim dari Hospital Kluster Johor Barat telah dimulakan dengan Majlis Khatam Al- Quran dan disusuli dengan ucapan oleh YBrs. PKNJ. Di samping itu, majlis penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh PKNJ kepada Hospital Sultanah Nora Ismail yang telah menerima Pensijilan Dapur Halal juga kepada Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom yang telah menerima Pensijilan Hospital Mesra Ibadah baru- baru ini.

Program ini juga telah dimeriahkan dengan Majlis Berbuka Puasa, solat Maghrib dan seterusnya disusuli solat Isyak dan Tarawih di Surau As- Syakirin, Kuarters HEBHK. Sesi tazkirah ringkas juga telah disampaikan oleh Al- Fadhil Ustaz Mohd Fathi Yakan bin Mohd Hafid.

Semoga penganjuran program secara kluster ini dapat diteruskan pada masa- masa akan datang dan Kluster Johor Barat terus aktif melaksanakan program yang dapat memberikan impak positif kepada masyarakat.