TAZKIRAH RAMADAN & WORLD QURAN HOUR

4 APRIL 2024 | KHAMIS


YBrs. Al - Fadhil Ustaz Jamil bin Abd. Hamid dari Pejabat Kadi Daerah Kluang telah menyampaikan Tazkirah Ramadan bertajuk "Memburu Malam Indah" bersempena Program World Quran Hour yang diadakan di Bilik Seminar Lavendar, Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) anjuran oleh Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah HEBHK.

Selesai tazkirah, agenda majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al- Jumu'ah yang dibimbing oleh En.Md Sukri bin Sariman. Program World Quran Hour ini diadakan untuk menyahut seruan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Hj Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang mengajak orang ramai bersama-sama sertai World #QuranHour pada 24 Ramadan 1445H bersamaan 4 April 2024 di lokasi perdana, Masjid Negara Kuala Lumpur atau di tempat masing-masing sama ada di rumah, di masjid, di pejabat, di mana-mana sahaja.
Tahniah diucapkan kepada warga HEBHK yang telah bersama - sama memeriahkan World Quran Hour!

World #QuranHour
Ummah #GrandReset
#SurahAlJumuah