CERAMAH MAAL HIJRAH DAN MAJLIS SELAWAT 

4 JULAI 2024 | KHAMIS

Ceramah Maal Hijrah dan Majlis Selawat telah diadakan dengan jayanya bertempat di Auditorium Raflesia, Aras 2. Turut hadir ialah Al Fadhil Ustaz Mohd Kamal bin Said selaku penceramah jemputan, YBrs.Dr. Ishak bin Ali, Ketua Penolong Pengarah Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) dan YBrs. Dr.Zulkifli bin Shafi'in, Pengerusi Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) HEBHK.

Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam HEBHK dengan kerjasama Jawatankuasa HMI HEBHK telah berjaya menghimpunkan seramai 60 orang pegawai pelbagai jawatan dan unit. Para peserta juga telah didedahkan dengan fadhilat-fadhilat berselawat dan cara berselawat yang betul. 

Semoga majlis ini dapat memberi manfaat buat semua!