KURSUS SMART UKHUWAH, SAHSIAH TERBILANG

TARIKH : 29 OGOS 2024 | KHAMIS
TEMPAT : AUDITORIUM RAFLESIA , HEBHK 


Objektif Pelaksanaan Program :

  • Membentuk integriti dalam kalangan penjawat awam ke arah mewujudkan good governance (urustadbir yang baik) memenuhi syarat -sayarat Islami
  • Meningkatkan Penghayatan Nilai-Nilai Integriti Sebagai Tonggak Maruah Diri Dan Organisasi
  • Memantapkan kepimpinan melalui penghayatan nilai-nilai yang positif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab  


Seramai 70 orang pegawai Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) telah berjaya menyertai Kursus Smart Ukhuwah, Sahsiah Terbilang anjuran oleh Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah HEBHK. Kursus yang diadakan di Auditorium Raflesia HEBHK itu turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Zulkifli bin Shafiin, Pengerusi Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah HEBHK.


2 orang penceramah yang telah diundang ialah Al - Fadhil Ustaz Lukmanul Hakim bin Ab Rahman, Amin Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Kota Tinggi dan YBrs. Ustazah Fazidah binti Mohd Yusof, Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Pengurusan Halal dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor.


Sesi ceramah telah dimulakan dengan Slot 1 bertajuk Ukhuwah Melahirkan Mahabbah Fillah oleh YBrs. Ustazah Fazidah binti Mohd Yusof dan disusuli dengan Slot 2 bertajuk Akhlak Mulia Sahsiah Unggul oleh Al - Fadhil Ustaz Lukmanul Hakim bin Ab Rahman.
Semoga penganjuran program ini dapat membentuk sahsiah dan akhlak yang unggul di kalangan warga HEBHK.