Tarikh : 26 Ogos 2024 | Selasa
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Surau As - Syakirin, Kuarters Blok B HEBHK
Majlis bacaan Yasin, doa selamat dan tazkirah sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 67 Peringkat HEBHK telah diadakan dengan jayanya bertempat di Surau As - Syakirin, Kuarters Blok B HEBHK. Program dengan anjuran bersama Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah dan Persatuan Kebajikan Kakitangan HEBHK turut mengundang Al - Fadhil Ustaz Mohd Jamil bin A. Hamid dari Bahagian Undang-undang Syariah, Pejabat Kadi Daerah Kluang sebagai penceramah jemputan yang menyampaikan tazkirah bertajuk "Mensyukuri Kebebasan".
Turut hadir memeriahkan ialah YBrs.Dr. Mohamad Nizam bin Hj. Subahir, Pengarah Hospital HEBHK, YBrs. Dr. Mohd Zulkifli bin Shafi'in, Pengerusi Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah dan YBrs. Dr. Fadzul Ariffin bin Mohd Noor, Pengerusi Persatuan Kebajikan Kakitangan HEBHK.
Selesai sesi tazkirah, agenda majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan penyempurnaan simbolik penyerahan permaidani oleh YBrs. Pengarah Hospital HEBHK. Majlis tersebut tamat pada jam 12.00 tengah hari.
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan semua yang menjayakan program ini!
.jpg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)




